Wednesday 19 August 2009

DAH NAK PUASA PUN...


Lagi berapa hari je dah nak sambut puasa..Sekejap je kan..rasa macam baru pas raya je(sbb baju raya tahun lepas br pakai 2 kali je)..Tu yang rasa macam baru tu...hehehehe....Masa bulan Ramadhan ni la kita nak berlumba2 merebut peluang yang ada untuk berlipat kali gandakan amalan kita..Sebab kita tak tahu, adakah kita berpeluang berjumpa sekali lagi Bulan Ramadhan tahun depan...Kalau ya, Alhamdulillah...bermakna umur kita masih panjang...Mudah-mudan dengan kedatangan Ramadhan ini, dapat kita jadikan permulaan kita meninggal pekara2 yang tidak baik dan mengamalkan apa yang dituntut...
Semoga kita dapat menjalan kan Ibadah puasa dengan hati yang tenang dan bersungguh2 kerana Allah...agar dapat mendidik diri kita untuk bersabar dan bersyukur atas apa yang di limpahkanNya kepada kita..Disini saya ingin memohon ampun dan maaf andai kata saya pernah melakukan apa2 jua kesalahan atau kesilapan, sama ada secara sedar atau pun tidak..dan halalkan apa yang saya makan dan minum...mudah-mudahan kita bersama2 dapat menjalankan ibadah puasa dengan hati yang tenang...InsyaAllah....
Buat Kema, terima kasih banyak2 sebab sama2 berkongsi susah senang masa kita dok sama2 dulu....selagi hayat ada, ti akan ingat sampai bila2...

Kepada semua, SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA.... pose jangan x pose!!





RENUNGAN DI AMBANG RAMADHAN

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban. Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat). Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."Para Sahabat berkata:"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!". Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga" (At-Targhib, jld.II, 217-218)


FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

  • Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
  • Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
  • Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
  • Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
  • Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
  • Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
  • Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
  • Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
  • Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  • Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
  • Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
  • Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  • Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
  • Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


ADAB-ADAB SHAUM RAMADHAN by Ustadz Abu Rasyid

1. Diriwayatkan dari Umar bin Khaththab ra. telah bersabda Rasulullah saw: Apabila malam sudah tiba dari arah sini dan siang telah pergi dari arah sini, sedang matahari sudah terbenam, maka orang yang shaum boleh berbuka. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

2. Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad: Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda: Manusia (ummat Islam ) masih dalam keadaan baik selama mentakjilkan (menyegerakan) berbuka. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim )

3. Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab ( kurma basah ) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R : Abu Daud dan Al-Hakim)

4. Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu shaum hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih. (H.R : Ahmad dan At-Tirmidzi)

5. Diriwayatkan dari Ibnu Umar : Adalah Nabi saw. selesai berbuka Beliau berdo'a (ertinya) telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah. (H.R : Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadith hasan)

6. Diriwayatkan dari Anas, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat Maghrib, janganlah mendahulukan solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang). (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

7. Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah. (H.R : Al-Bukhari )

8. Diriwayatkan dari Al-Miqdam bin Ma'di Yaqrib, dari Nabi saw. bersabda : Hendaklah kamu semua makan sahur, kerana sahur adalah makanan yang penuh berkah. (H.R : An-Nasa'i)

9. Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit berkata : Kami bersahur bersama Rasulullah saw. kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat (Subuh). saya berkata : Berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu Subuh)? Ia berkata : Selama orang membaca lima puluh ayat. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

10. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata : Adalah para sahabat Muhammad saw. adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur. (H.R : Al-Baihaqi)

11. Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan dan piring masih di tangannya janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya (makan/minum sahur) daripadanya. (H.R: Ahmad dan Abu Daud dan Al-Hakim)

12. Diriwayatkan dari Abu Usamah ra. ia berkata : Solat telah di'iqamahkan, sedang segelas minuman masih di tangan Umar ra. Beliau bertanya : Apakah ini boleh saya minum wahai Rasulullah? Beliau menjawab : ya, lalu ia meminumnya. ( H.R Ibnu Jarir )

13. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan beliau saw. al-Qur'an dan benar-benar Rasulullah saw. lebih dermawan tentang kebajikan( cepat berbuat kebaikan ) daripada angin yang dikirim. (HR Al-Bukhari )

14. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata : Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail ( solat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama'ah )

15. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan istrinya (agar beribadah) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak mengumpuli istrinya). (H.R: Al-Bukhari dan Muslim)

16. Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata : Adalah Nabi saw. bersungguh-sungguh solat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R : Muslim)

17. Diriwayatkan dari Abu salamah din Abdur Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah ra: Bagaimana solat malamnya Rasulullah saw di bulan Ramadhan? maka ia menjawab : Rasulullah saw tidak pernah solat malam lebih dari sebelas raka'at baik di bulan Ramadhan maupun di bulan lainnya, caranya : Beliau solat empat raka'at jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian solat lagi empat raka'at jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian solat tiga raka’at. (H.R : Al-Bukhari,Muslim dan lainnya)

18. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila bangun solat malam, beliau membuka dengan solat dua raka'at yang ringan, kemudian solat lapan raka'at, kemudian solat witir. (H.R : Muslim)

19. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata : Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata : Wahai Rasulullah bagaimana cara solat malam? Maka Rasulullah menjawab : Solat malam itu dua raka'at dua raka'at. Apabila kamu khawatir masuk solat Subuh, maka berwitirlah satu raka'at. (H.R : Jama'ah)

20. Dari Aisyah ra. ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw solat di masjid, lalu para sahabat solat sesuai dengan solat beliau (berma’mum di belakang), lalu beliau solat pada malam kedua dan para sahabat berma’mum di belakangnya bertambah banyak, kemudian pada malam yang ketiga atau yang keempat mereka berkumpul, maka Rasulullah saw tidak keluar mengimami mereka. Setelah pagi hari beliau bersabda : Saya telah tahu apa yang kalian perbuat, tidak ada yang menghalangi aku untuk keluar kepada kalian (untuk mengimami solat) melainkan aku khawatir solat malam ini difardukan atas kalian. Ini terjadi pada bulan Ramadhan. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

21. Dari Ubay bin Ka'ab t. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. solat witir dengan membaca : (Sabihisma Rabbikal A'la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R : Ahmad, Abu Daud, AnNasa'i dan Ibnu Majah)

22. Diriwayatkan dari Hasan bin Ali ia berkata : Rasulullah saw. telah mengajarkan kepadaku beberapa kata yang aku baca dalam qunut witir : (ertinya ) Ya Allah berilah aku petunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, Berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahwa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang Engkau musuhi. Maha agung Engkau wahai Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau. (H.R : Ahmad, Abu Daud, AnNasa'i, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

23. Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda : Barang siapa yang solat malam menepati lailatul qadar, maka diampuni dosanya yang telah lalu. (H.R : Jama'ah)

24. Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir. (H.R : Muslim)

25. Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra. ia berkata : Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahwa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah saw. bersabda : Saya pun bermimpi seperti mimpimu, (ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia ( lailatul qadar ) pada malam-malam ganjil. (H.R : Muslim)

26. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Saya berkata kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda : Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau maha pemberi ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku. (H.R : At-Tirmidzi dan Ahmad)

27. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw mengamalkan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan sampai beliau diwafatkan oleh Allah Azza wa Jalla. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

28. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila hendak beri'tikaf, beliau solat subuh kemudian memasuki tempat i'tikafnya. (H.R :Jama'ah kecuali At-Tirmidzi)

29. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah Rasulullah saw. apabila beri'tikaf , beliau mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku menyisirnya, dan adalah beliau tidak masuk ke rumah kecuali kerana untuk memenuhi hajat manusia (buang air, mandi dll...) (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

30. Allah ta'ala berfirman : (ertinya) Janganlah kalian mencampuri mereka (istri-istri kalian) sedang kalian dalam keadaan i'tikaf dalam masjid. Itulah batas-batas ketentuan Allah, maka jangan di dekati... (Al-Baqarah : 187)

31. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali shaum (puasa), ia adalah untukKu dan Aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya shaum itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu shaum janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia shaum maka hendaklah ia katakan : "sesungguhnya saya sedang shaum" . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang shaum itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang shaum ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana shaumnya. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim)

32. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ia berkata : Sesungguhnya Nabi saw. telah bersabda : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan bohong dan amalan kebohongan, maka tidak ada bagi Allah hajat (untuk menerima) dalam hal ia meninggalkan makan dan minumnya. ( H.R: Jama'ah Kecuali Muslim ) Maksudnya Allah tidak merasa perlu memberi pahala shaumnya.


33. Bahwa sesungguhnya Nabi saw. bersabda kepada seorang wanita Anshar yang sering di panggil Ummu Sinan : Apa yang menghalangimu untuk melakukan haji bersama kami? Ia menjawab : Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si fulan (suaminya) untuk berhaji bersama anaknya sedang yang lain di pakai untuk memberi minum anak-anak kami. Nabipun bersabda lagi : Umrah di bulan Ramadhan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku. (H.R : Muslim)

34. Rasulullah sw. bersabda : Apabila datang bulan Ramadhan kerjakanlah umrah kerana umrah di dalamnya (bulan Ramadhan) setingkat dengan haji. (H.R : Muslim)

KESIMPULAN..

Ayat dan hadith-hadith tersebut di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa dalam mengamalkan shaum Ramadhan kita perlu melaksanakan adab-adab sbb :
1. Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. (dalil : 6). Sunnah berbuka adalah sbb : a. Disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan solat. (dalil : 2,3 dan 4) b. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu. (dalil : 6) c. Setelah berbuka berdo'a dengan do'a sbb : Ertinya : Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya Allah. (dalil : 5)

2. Makan sahur. (dalil : 7 dan 8). Adab-adab sahur: a. Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Subuh. (dalil 9 dan 10) b. Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar adzan Subuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur kerana sudah masuk waktu Subuh. (dalil 11 dan 12) * Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi'in.

3. Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bersedeqah, banyak menolong) dan banyak membaca al-Qur'an (dalil : 13)
4. Menegakkan solat malam / solat Tarawih dengan berjama'ah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadhan). (dalil : 14,15 dan 16). Cara solat Tarawih adalah: a. Dengan berjama'ah. (dalil : 19) b. Tidak lebih dari sebelas raka'at yakni salam tiap dua raka'at dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat raka'at dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga raka'at. (dalil : 17) c. Dibuka dengan dua raka'at yang ringan. (dalil : 18) d. Bacaan dalam witir : Raka'at pertama : Sabihisma Rabbika. Raka'at kedua : Qul yaa ayyuhal kafirun. Raka'at ketiga : Qulhuwallahu ahad. (dalil : 21) e. Membaca do'a qunut dalam solat witir. (dalil 22)

5. Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca : Ya Allah Engkaulah Pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. (dalil : 25 dan 26)

6. Mengerjakan i'tikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil : 27). Cara i'tikaf : a. Setelah solat Subuh lalu masuk ke tempat i'tikaf di masjid. (dalil 28) b. Tidak keluar dari tempat i'tikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. (dalil : 29) c. Tidak mencampuri istri semasa i'tikaf. (dalil : 30)

7. Mengerjakan umrah. (dalil : 33 dan 34) 8. Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil : 31 dan 32)


*petikan ni org ambik dari internet, dah baca dan ingin berkongsi dengan yang lain..
Hari ni macam rajin pulak nak sambung buat blog..Pagi2 dah tanya k.ila,camne nk letak jam kat blog.. Tapi malas pulak nak kacau lebih2, takut k.ila ada kerja..So dengan tak bersalahnya, org pun kacau kema.. Tanya kema camne nak buat...kesian kat kema,dah nak mesyuarat pun sempat layan org lagi...Thanks banyak2, and sangat2 kema, sebab layan gak ti yang agak 'blurrr' ni...Pasni kalau ti tak tau ti tanya kema lagi..hehehehe....
Bukan apa kalau tengok blog orang lain, mesti ada macam2...teringin la jugak, tapi org tak pandai nak buat pulak..kena la tanya orang yang ada ilmu sikit pasal blog ni...Baru la boleh jalan...Lepas ni bleh la buat skit2, mana yang tau la...
Thanks banyak2 kema..nnt ada benda baru yg kema tau, ajar la ti ye....

Wednesday 17 June 2009

Haaa!!!!! dapat pegang Stadium yang runtuh tu...hehehehehehehe.... Sebenarnya time ni tengah sokong bola sepak, kalau tak salah menentang usim kot.. Ambik peluang la ambil gambar Stadium yang runtuh tu...








Ni ada la berapa keping gambar yang ada...







Teruk juga kan runtuhan tu.....


Gambar ni masa waktu pagi. pergi tranning kat tepi pantai. Cantik pemandangan waktu matahari nak naik tu.... Cantik sungguh ciptaan Allah s.w.t.




geng bola tampar wanita..













Team bola tampar lelaki..










pagi-pagi masa nk g lawan...







Team bola tampar wanita...

dari kiri cepat jlan!!..Abg.Azhar, Kak.ani(4), wina(8), me(3), kak.aida(6), adi, wawa(12),
yg cangkung2 tu.... murni(1), zura(2), farra(8), has, ayu(10), kak.ha









Assalammualaikum..Lama tak sambung buat blog...bukan tak ada masa nak buat, tapi malasss....hehehehehe...

Ok, hari ni org nak letak gambar mase menyertai Karnival Sukan Staf Antara IPTA di Universiti Malaysia Terangganu, atau lebih senang dipanggil "SUKUM".. Org (panggilan diri dlm blog) bangga terpilih menjadi sebahagian dr wakil UPSI menyertai sukan "SUKUM", dan menjadi wakil untuk acara Bola Tampat(W).

UPSI kena undi dengan dengan Unimep (n.juara thn lepas) & Usim..tapi sayang nasib tak menyebelahi UPSI(kalah).. Nampaknya kena cuba lagi tahun depan, kena mantapkan lagi barisan pemain, disamping banyak berlatih dan mempelajari teknik serta skil yg baik. Secara peribadi, bermain menentang Unimep memang bersemangat, walaupun kalah, org memang puashati dengan diri sendiri..cuma bukan rezeki kami, untuk menang dengan unimep yg rata2nya adalah permain yg berpengalaman dalam sukan. Ada di antara mereka berpengalaman hingga ke peringkat Kebangsaan.. Itu satu bonus pada pasukan Unimep.
berlainan pula ketika berlawan dengan Usim, sangat mengecewakan. Rata-rata pemain banyak buat silap..betul-betul mengecewakan..termasuk org pada permulaan yang mengsia-siakan bola, dan menberi mata permulanan pada pihak lawan. Entahlah, tak tahu apa yang tak kena..Sedangkan kalau difikir- fikir, UPSI mampu mengatasi pihak lawan, tetapi sebaliknya pula terjadi..



Sunday 18 January 2009

Kenangan Semasa Kecil...



Gambar masa umur 4 bulan..


Masa berumur 10 bulan..dok dengan Abg.ED dgn Kak Ina.


Dengan adik, kakak( Saliza)..


Bergambar dengan K.ina, Kakak n kawan2..(Sofi n Ija)...


Bergambar bersama keluarga Pak.Jang

Adik beradik aku...yang x de abg.ed n adik (yg bongsu,sbb x lahir lg masa ni)hehehe...

Ayah n mama...

Mama..masa hantar K.Ina belajar kt Politeknik Engku.Omar Ipoh..


Mama, ayah n adik..masa kt Alor Setar..


My family..



My family...